Awalan pengenal yang belum dan tidak boleh diperuntukkan Awalan_ITU

Awalan-awalan pengenal berikut masih belum digunakan tetapi boleh diperuntukkan pada masa akan datang oleh ITU. (x = mana-mana huruf; n = mana-mana angka dari 2 hingga 9.)

  • E6, E8, E9, H5, J9, On, S4, T9*, Un, V9, Xn, YZ*, Z4–Z9, 4N*.

(* menandakan awalan yang dipulangkan kepada ITU.)

Mengikut garis panduan ITU masa kini, awalan-awalan pengenal berikut tidak boleh diperuntukkan.[1] Awalan-awalan berkenaan adakalanya digunakan secara tidak rasmi, seperti pengendali radio amatur yang beroperasi di kawasan diragukan atau mana-mana negeri yang tiada awalan rasmi (cth. S0 di Sahara Barat atau 1A di ibu pejabat Kesatria Malta di Rom). (x = mana-mana huruf; n = mana-mana angka dari 2 hingga 9.)

  • Qx: tiada awalan bermula dengan Q kerana mudah dikelirukan dengan kod Q.
  • x0, x1, 0x, 1x: tiada awalan berangka 1 atau 0 kerana mudah dikelirukan dengan huruf I atau O.
  • nn: awalan dua angka belum lagi dipertimbangkan oleh ITU.

Berkaitan